Puisi: Selepas Senja (Karya Abdul Ghafar Ibrahim)

Puisi | Selepas Senja | Karya | Abdul Ghafar Ibrahim |

Selepas Senja



yang dia tahu waktu itu hanyalah memekik:
        merdeka
lantas memanjat cepat-cepat kapal udara
        mengadap
si rani kepala di seberang benua. kemudian
        memohon:
pohon merdeka

kami mahu merdeka, setuju kepala-kepala, dia
menyampaikannya. kalian mahu merdeka? pura-
        pura
bertanya si rani kepala. kami mahu merdeka

merdeka, merdekalah.

Merdeka
aaaaaaaaaa
dia memekikkannya dengan kepala tinju di udara.
kepala-kepala mengikutnya dengan kepala-kepala
tinju di udara.

kita sudah berjaya, katanya pula.
berjaya
berjaya, pekiknya. (aaa-gema dari kepala-kepala)
berjaya, pekiknya. (aaa-gema dari kepala-kepala)
berjaya, pekiknya. (aaa-gema dari kepala-kepala)
dia memekikkannya dengan kepala tindu di udara
kepala-kepala mengikutnya dengan kepala-kepala
tindu di udara.

kemudian kepala-kepala tidak mahu ambil tahu
tentang dirinya. lagi. Kepala-kepala sudah tahu
nilai merdeka. kepala-kepala sudah tahu nilai
berjaya. kata kepala-kepala kepada si dia:
        turun kau si agitator
        turun kau si diktator
        turun kau si-si-si
        turun-run-run-run
        (unnnn suruh gemuruh
        kepala-kepala)

dari utara meluru kata-kata, ditepisnya. dari timur
meluru kata-kata, ditepisnya. dari selatan meluru
kata-kata, ditepisnya. dari barat meluru kata-
kata, ditepisnya dia berlagak gladiator. dia
berlagak penyelamat. aku tak mahu turun, katanya.
aku tak mau turun, pekiknya, pantang aku undur
sebelum kalah, dia menambah.

kepala-kepala gemuruh menyuruh teguh:
        turun-run-run-run
        run-run-run
        ununun
nnn
nn
n
waktu itu baru selepas senja. dengan linangan air
        mata

dia terpaksa berkata: aku sedia turun (dalam hati
besarnya tak sedia)
        tepuk sorak
                tepuk sorak
                        tepuk & sorak
                                tepuk - sorak
                                        tepuk -- sorak
                                                tepuk + sorak
                allah-hu-akbar


Sumber: Horison (Desember, 1990)

Abdul Ghafar Ibrahim
Puisi: Selepas Senja
Karya: Abdul Ghafar Ibrahim

Biodata Abdul Ghafar Ibrahim:
  • Abdul Ghafar Ibrahim lahir pada tanggal 31 Agustus 1943 di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang, Selangor, Malaysia.
  • Disamping menulis puisi, Abdul Ghafar Ibrahim juga melukis.

Anda mungkin menyukai postingan ini

© 2025 Sepenuhnya. All rights reserved.