Padi
semasa kecil dahulu
kau ditanam dengan padi
kini sesudah dewasa
tumbuh lalang dalam tulangmu
lembut angin kampung
merunduk dan memelayukanmu
dingin air telaga
mengalir ke dalam sopanmu
segala-galanya penuh tertib
bergerak dalam dirimu
segala-galanya merendah
bagai buah padi yang penuh
kini sesudah dewasa
tumbuh lalang dalam darahmu